Thursday 29 November 2012

cemburu





Cemburu – Amanda Amani feat. Malique
Hanya kau yang kusayangi
Hargai dan hajati
Jika benar cinta murni
Janganlah lagi

Siapa sang gadis itu
Mengapa dia di situ
Terlalu hampir denganmu
Aku cemburu
Siapa sang gadis itu
Mengapa dia di situ
Bermain mata denganmu

Ku dapat panggilan
Paling menyayat hati
Air mata berlinang lagi
Ku sungguh setia
Penuh kepercayaan
Namun kau ambil kesempatan
Sayang, hanya kau kuhargai
Sayang, hanya kau kuhajati
Tetapi
Sungguh mesra si sang pengganggu
Tingkahnya manja, manis dan ayu
Mata dan mata saling terpaku
Aku atau dia yang kau mahu
Siapa sang gadis itu
Mengapa dia di situ
Terlalu hampir denganmu
Aku cemburu
Siapa sang gadis itu
Mengapa dia di situ
Bermain mata denganmu
Cemburu cemburu
Siapa sang gadis itu
Buatku cemburu

Tak pernah sekali pun
Aku berlaku curang
Walau berkali diberi ruang dan peluang
Perwatakan yang selalu kau sangka dan jangkakan
Takkan sepadan dengan kenyataan
Raksasa mata hijau pengaruhi visi
Terusan mengalir merentasi dua pipi
Cemburu dijana dek paranoia dan dengki, berhenti
Cari alasan untuk membenci, mengerti
Setia kuberi tak terperi
Jadi mengapa disalah erti tiap geri
Walau ku dirapati seangkatan peragawati
Aku mungkin rambang mata tapi takkan rambang hati
Jadi percayai, ku dianiayai
Tiap kali kau berlinang mereka pasti rai
Tisu dan emosimu tak mampu kubiayai
Ilusi yang sama saban hari kau jayai
Sini tiada breezy, sherry atau lilly
Cuma mic dan mac tak percaya tanya alibi
Bila dirasuki jangan rakus mengadili
Jangan kerna cemburu semuanya ku akhiri, di sini
Fo shizee

Siapa sang gadis itu
Mengapa dia di situ
Terlalu hampir denganmu
Aku cemburu
Siapa sang gadis itu
Mengapa dia di situ
Bermain mata denganmu
Kau harus berjaga
Kau mungkin diekori
Mata jahat masih memerhati
Kau harus waspada
Siapa yang kau dekati
Kau terlalu mudah jatuh hati
Dahi licin, pipinya gebu
Rambutnya cantik ditiup bayu
Tas dan perkakas gaya terbaru
Aku atau dia yang kau mahu
Siapa sang gadis itu
Mengapa dia di situ
Terlalu hampir denganmu
Aku cemburu
Siapa sang gadis itu
Mengapa dia di situ
Bermain mata denganmu
Cemburu Cemburu
Siapa sang gadis itu
Buatku cemburu
Siapa sang gadis itu
Mengapa dia di situ
Terlalu hampir denganmu
Aku cemburu
Siapa sang gadis

Tuesday 27 November 2012

bila.....

bila hati tak tenang..

akan mula mencari..
kata-kata hikmah,
kata-kata mutiara,
kata-kata motivasi,
kata-kata semangat,
untuk dibaca, untuk diambil sebagai pembina semangat, pembakar jiwa
untuk terus berdiri, untuk terus bertahan,
dan teruskan kehidupan

bila hati membeku..

adakah ia akan menjadi seperti dulu..
yang dikatakan sedingin salju,
yang dianggap sekeras batu,
yang tidak hiraukan perasaan orang lain,
yang hanya fikirkan diri sendiri,

bila hati tidak ingin berbicara..

tidak mahu mendengar sebarang kata-kata,
tidak mahu tahu alasan yang dicipta,
tidak mahu faham perasaan yang dirasa,
tidak mahu mengerti segala-galanya,

sehingga..
mungkin akan menerbitkan rasa dari hati..
tetapi tidak dapat dipastikan..
apakah rasa itu..?
gembira..? sedih..? marah..? geram..? seronok..? terharu..?


p/s : ketenangan jiwa tidak dapat dibayang tetapi hanya dapat dirasa


Monday 12 November 2012

nur damia safiya mohd syahirol

nur damia safiya,, 3thn..salah seorang niece dlm family (anak kak)
anak bongsu dari 4beradik (setakat ni la...hehe)
seorang yang sgt manja tp kadang2 garang dan agresif... (ntah,,xtau cmna nk describe..)

ok,,! why must i mention her in this entry..??
sebab,,,,,
tadi call and baru ja lepas ckp ngan dia,, kononnya nak tanya khabar dan lepaskan rindu..
tp,,rupanya dia rindukan org lain,,asyik tnya pasal org tu ja..
keciwa sekejap,, sedih!
but ok la..at least i know that she love him..like me. hikhik.. so, mknanya xda halangan la kan.(kononnya!)
actually, sblm ckp ngan dia.. ckp ngan kak dulu.. pastu terdengar suara dia, terus minta nak cakap ngan dia.. rindu.. then, masa kak nk bg nfon kt dia, dgr dia ckp and tnya..


kak: mia, nah! ada org nk ckp..
damia: capa?
kak: ckp la dulu,,baru tau..


ok.. dah! baca our dialog kt bawah ni..

mia: eyyo.. ni capa? (hello.. ni sapa?)
aku: adik, acik ni..
mia: acik, acik dok mana?
aku: acik dok sini la, rumah acik kat perak..
mia: hah?? acik dok mana?
aku: acik kata acik dok mana td? (selalunya kalo dia utk tnya kali ke-2, aku akn jwb ngan soalan tu balik..hehe)
mia: acik dok umah acik..kt peyak (perak)..
aku: pndai pun..adik watpa tu?
mia: adik dok dalam biyik (bilik)..
aku: pasai pa xtdoq lagi?
mia: adik xmau tidoq lagi.. acik, acik wan mana?
aku: ...(aik! org lain yg call, tnya pasal org lain).. hmm,, acik wan dok kat kem dia la..
mia: kem acik wan kt mana acik?
aku: kem acik wan kat KL..
mia: awat acik wan xbalik lg?
aku: acik wan keja.. jauh. xbole balik.
mia: acik wan keja kat mana acik?
aku: acik wan keja kat KL la.. (dah mula penat..)
mia: acik wan xmau mai kat adik?
aku: nanti acik wan cuti, acik wan balik, dia p kat adik la..
mia: acik wan balik ngan acik?
aku: ...(mcm aku and xander dok dekat)..ya, nnt acik balik na..
mia: acik x jd penyantin..?
aku: penyantin? apa tu?
..(dgr suara kak.. mia tnya, xjd pengantin ka?)
aku: hah? pengantin?
mia: acik xjd penyantin ngan acik wan?
aku: adik nak tgk acik jd pengantin ngan acik wan ka? hahaha
mia: nak. penyantin awa (lawa)..
aku: hahaha..
mia: acik jd penyantin ngan acik wan?
aku: hahaha ..(xtau nk jawab dh)..adik x ngantok g?
mia: x lg..
aku: adik p tidoq na..lewat dah ni..acik ngantok dh (buat2 menguap).. tidoq na..
mia: acik nk tidoq?
aku: ya, acik nk tidoq. nnt acik call lain na..bye..gunite.
mia: bye.
aku: adik kta gudnite kt acik..
mia: gudnite..
aku: i love u..
mia: i lep u..
aku: adik tidoq na.. asslmualaikum..
mia: asslmualaikum..
aku: adik kna jwb,, waalaikumusslm..
mia: waalaikumussalam.. bye2 acik..
aku: bye adik.. tidoq tau..

lepas letak, terus senyum sorang2.. tu baru sorang belum lg yg lain2.. memang selalunya kalo call kt rumah and dpt ckp ngan salah seorang dari anak sedara, mesti akn tetap ada soalan pasal "acik wan" diorang tu. hai...tu belum g balik bercuti kat rumah.. macam2 soalan lagi.. lagi banyak yg nak kena jwb.. hahaha.. :)