Tuesday 27 November 2012

bila.....

bila hati tak tenang..

akan mula mencari..
kata-kata hikmah,
kata-kata mutiara,
kata-kata motivasi,
kata-kata semangat,
untuk dibaca, untuk diambil sebagai pembina semangat, pembakar jiwa
untuk terus berdiri, untuk terus bertahan,
dan teruskan kehidupan

bila hati membeku..

adakah ia akan menjadi seperti dulu..
yang dikatakan sedingin salju,
yang dianggap sekeras batu,
yang tidak hiraukan perasaan orang lain,
yang hanya fikirkan diri sendiri,

bila hati tidak ingin berbicara..

tidak mahu mendengar sebarang kata-kata,
tidak mahu tahu alasan yang dicipta,
tidak mahu faham perasaan yang dirasa,
tidak mahu mengerti segala-galanya,

sehingga..
mungkin akan menerbitkan rasa dari hati..
tetapi tidak dapat dipastikan..
apakah rasa itu..?
gembira..? sedih..? marah..? geram..? seronok..? terharu..?


p/s : ketenangan jiwa tidak dapat dibayang tetapi hanya dapat dirasa


No comments:

Post a Comment