Monday 31 December 2012

UlangTahun Kelahiran


لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl

31 Disember 1990, 8.45pm.. Hosp. Besar Alor Setar.. Kedah

dilahirkan oleh seorang ibu yang sangat mulia dari hati seorang anak yang terlalu manja..
diqamatkan oleh seorang ayah yang sangat mulia dari mata seorang anak yang terlalu degil..

membesar sebagai seorang yang amat terlalu sangat manja (lebih dari adik bongsu), sangat sensitif, mudah terasa, mudah tersentuh, mudah menangis, mudah bersimpati, agak keanak-anakan, kebudak-budakan,  sangat degil, suka memberontak, suka senyum, susah untuk marah, suka memendam rasa..

syukur Alhamdulillah, telah berusia 23 tahun.. masih bernafas, diberi peluang untuk terus menjadi khalifah di bumiNya..

mak pernah bercerita, ada yang cakap kalau ada budak yang lahir hujung2 tahun ni lembab.. xberapa pandai mcm org lain yang lahir sama tahun.. (errkkk,,sentap!)
tapi, mak cakap, "mak xpernah anggap anak mak mcm tu, yg lembab,xpndai bkn sbb tarikh lahir.. tp sbb usaha kita.. kalau kita usaha,InsyaAllah kita dpt.. bkn mksd mak nk beza yg pndai dgn xpndai.. yg jd pndai tu sbb dia rajin usaha, yg xrajin usaha, dia cuma dpt setakat yg dia usaha tu ja la"..
ya,mak. acik faham. terima kasih mak! acik syg mak.. :)

ada juga yg ckp bila dpt tau tarikh lahir hujung tahun ni.. contohnya:
"ehhh,,31/12??hujung tahun,, ruginya.."
errkkkk,,rugi ke? tp,knpa xpernah rasa 'keRUGIan tu.. malah rasa sgt bertuah.. bertuah sbb tarikh lahir tu unik.. bertuah sbb dpt knal ngan kwn2 aku yg sekarang ni.. bertuah dgn kehidupan seseorgyg dilahirkan pada hujung tahun..
ya. rasa bertuah dengan semua tu..

sambutan??jarang diraikan.. sambutan tu xpenting pun sebenarnya..
sbb bila sampai tarikh 31 Dis, diri ni hanya nak berada di sisi mak ayah dan keluarga..
then, ucapkan terima kasih kat mak sbb dh melahirkan.. terima kasih kat ayah sbb dh membesarkan..
so,bagi aku, sambutan tu xpenting, yang penting keluarga ada di sisi aku bila tiba tarikh ni..
mak, ayah, terima kasih atas segalanya.. acik syg mak ayah sgt2..
chaq, angah, kak, kak sha, adik, terima kasih acik ucapkan.. sbb selalu manjakan acik.. hehe

terima kasih pada kawan-kawan yang ucapkan kata2 hari ni.. terima kasih atas ingatan kalian.. dayah sangat2 hargai semua ucapan tu,, sangat bermakna di hati ni.. terima kasih semua!love u all.. :)

tak lupa juga kepada my xander, terima kasih atas ucapan, nyanyian dan hadiah.. terima kasih.. saya x harapkan semua tu.. cukup sekadar ucapan pun dh buat saya hepi.. anyway, terima kasih sekali lagi..

harapan untuk diri sendiri,,
semoga menjadi hamba yang taat kepadaNya, semoga terus menjadi anak yang patuh pada mak ayah, semoga terus diberi peluang hidup olehNya, sabar menempuh dugaan hidup, semoga tabah meneruskan kehidupan, semoga menjadi lebih matang dalam membuat keputusan..

dan akhir sekali adalah impian diri,,
nak berjaya dalam hidup, nak berbakti pd mak ayah (nk balas jasa balik), nak balas jasa adik yang dah banyak tolong dalam tempoh belajar, nak tolong adik beradik yang lain, nak kahwin & anak ramai, hahaha..

ok.tu ja.
jumpa lagi.
wassalam.



Tuesday 18 December 2012

Cik Mawar dan Encik Bear

سَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl


sebenarnya semua ni berlaku semalam,,tapi semalam xsempat nak bercerita dan berkongsi kegembiraan ni kat sini sebab terlalu excited and overacting..

petang semalam masa tengah baring2,,layan perasaan mengantuk..
tetiba xander kol, 'syg,lg 20km b smpai TM?'
aku apa lg.. 'what?????..kata nk mai malam ni?ni awat tetiba ja..dh nk smpai plak tu..huh'..(tp,dlm hati jgn ckp la,,seronok gila weihhh..haha)
then,,masa dia smpai..mcm biasa kalau kami ada temujanji..aku belum siap lagi!(baru ja lepas mandi masa tu,,hahakz)

hmm,,tp kali ni lain sikit..sebab bertemujanji ada orang lain (his best buddy-ayie)
tp,,xpa..sbb dh biasa dgn ayie..so,mmg chill..
ok,,dh melalut dr tajuk asal..

cik mawar dan encik bear..
kenapa?ada apa dengan mawar dan bear?
nak tau x??hehehe
sebab aku dapat dua-dua tu..
mmg la benda tu bg sesetengah org dh biasa,,tp,bg aku..apa ja yg xander bg..aku hargai sgt2

ok,,masa kitorang jalan2,pusing2,ronda2 pekan TM,,sebab nak cari kasut utk ayie..tetiba aku ter..(diulangi,,TER..) ter tak sengaja,terpandang kedai bunga..
then,,terus pusing ke arah xander and ckp..
'hmm,,b,dh lama kn alin xdpt bunga'..(sambil buat muka comey+kiut miut)
xander pun..'hmm,,tu la..xpa,,nnt b bg eh..lgpun sini xda florist..:)'
aku pulak..'owh,,ok.alin tggu'..tp,dlm masa yg sama..ckp dlm hati..'haissshhh,,dia ni xnmpk ka kedai bunga tu,,ishhhh,nk bunga!nk bunga!

then,masuk la satu kedai ni..xander suruh aku ikut ayie masuk dlm kedai tu cari kasut..
ok,,masuk..tp,dia xmasuk,,pastu dia menghilang..
lepas tgk kedai tu xda jual kasut,,kami pun keluar sambil mata mencari xander..
tetiba ternampak kelibat dia dalam kedai bunga..
ayie terus p situ,,
aku?aku apa lagi..senyum sampai telinga kot weihh (yeay!!!dpt bunga..haha)
masa sampai dlm tu,,tgk xander,dia senyum..then,dia mai bisik kt telinga..
'syg,sori sgt..ros kuning xda..b amik putih ngan pink..ok kn?hmm,,merah ada,,cantik!tp,,syg kn xsuka,,so pink ngan putih pun ok kn?'
aku pun..'eh,xpa..putih pink pun cantik apa..asyik2 merah ja,,mmg la cantik tp...xpa la..alin lbih suka putih pink ni..:)'
hmmm,,kali ni lain sikit sebab xander beli 3kuntum,,slalunya sekuntum @2kuntum ja..:)
hmm,,ayie pun beli gak utk mek dia..dia beli wrna merah n putih.. 
mmg nmpk cantik..tp,,cantik pun xguna,,sbb aku xsuka kan..haha
ayie ada nmpk bear,,dia nk beli,siap tnya aku lg,,yg mana cantik..
aku pun pilih la..sekali tnya harga..mak ai..mahainya!rm60 padahal kecik ja..
so,,aku pun gtau ayie,,xpyh beli kt situ..cari kt kedai lain..

kitorg pun pegi la kedai teddybear tu (lovely choice)..kalo xsilap la..
masa kt situ pun,,tlg ayie pilihkan bear utk mek..tgh2 pilih..then decide nk amik bear yg mana..
nmpk xander pun mcm dok pilih2..then,aku pun p la kt dia..
then,,xander ckp,,'alin,,alin amik yg ni na'..(bear wrna putih,,ada reben kt leher)
aku jwb 'eh,,xpyh la b..kn alin dh dpt bunga td..dh lbih dr cukup dh b..:)' (sbb aku kalo dpt bunga,,yg lain mmg dh xpndang pun..obses roses kot!haha)
tp,,dia amik gak,,dia ckp, 'ni salah satu hadiah besday alin,,kita amik yg ni'
aku pun..(erkkkkk,,,tergamam,terkelu-hanya mampu senyum+gelak)
so,,hari tu dpt 2hadiah dlm 1masa
cik MAWAR & encik BEAR.. ^_^

dari satu kedai sampai satu kedai,,kasut yg dicari still xjumpa dan x memuaskan hati..
so,,diorg decide cari kt KL (byk choice)
sebelum xander hantar balik,,kitorg mkn dulu..aku xtau kedai mana yg sedap & ok..so,,hentam je la..asalkan bole mkn..kn?hehe

hmm,,dlm hepi2 pun tetap sedih..sebab hari ni xander g bangkok untuk rugby tournament..ada game kt sana..sebab tu la semalam dia sggup dtg TM semata2 nk jumpa & tgk aku..kebetulannya aku plak nk balik kedah..:(

pagi ni,,dh berkali-kali dia kol..sbb katanya nnt kalo dh smpai sana,,susah nk contact..
mcm2 yg dia pesan,,waaaaaaaaaa,,tetiba rasa sedih+sayu ja nk lepaskan dia g sana walaupun aku tau tu salah satu tuntutan kerja dia..
tp,dia janji..walau sesusah & sepayah mana pun,,dia tetap akan cuba sedaya upaya untuk contact aku..*terharu weihh masa dia ckp cmtu...
sbb sblm ni mmg aku dh fhm sgt ngan kerja dia..sentiasa sibuk..
tp,,bg aku,,semua tu biasa la kn..kalo kita syg dia..kita bercinta ngan dia..patutnya kita kena fhm dia,,kerja dia..kalo xfhm pun..cuba utk fhm..xpun..buat2 fhm ja..

pukul 8am td dia berlepas ke bangkok..naik kapal airforce..
aku hanya mampu berdoa agar dia selamat..
--semoga selamat pegi dan selamat pulang aby..semoga perjalanan tu lancar.smoga pulang dgn kejayaan dan kemenangan yang diidamkan.*i'll miss u aby..(jgn lupa ole2 utk alin) hehe

hmm,,so,kepada xander,,thanks a lots aby,,sbb buat alin rasa hepi n bahagia..
macam yg aby selalu ckp,,b hanya mampu bg kshsyg utk alin..
tp,,sebenarnya,,b dh bg segalanya utk alin..
terima kasih sgt..saya sayang awak..^_^

ok,,entri dh terlalu panjang..
so,,itu ja perkongsian aku kali ni..
adiosssss...:)


kenalkan...ini la cik mawar & encik bear..:)

Monday 3 December 2012

weeding at Batu Kurau, Taiping


لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl

weekend kali ni p kenduri kawan xander kt Batu Kurau, Taiping.. 
best! sebab dapat kawan baru, dan semestinya pengalaman baru..
bertolak ke taiping dari KL tengah malam,,around 1a.m
sebabnya nak sampai ke taiping awai pagi (kononnya! kalo ikut plan)

kat KL
berkenalan dgn kwn baru (buddy xander and his gf)
ayie and siah..
diorg sweet, comel, sporting, very friendly, 
pendek kata, mmg sgt ok.

sebelum bertolak
singgah rumah cousin xander sbb nk tumpang iron baju..(i'm the only one yg x iron bj lg)
tp,,baru je nak iron..
tup!BLACKOUT..
omg!omg! masa tu mmg kalut..
sebab baju tak iron lagi,, cmna nk g kenduri?
xkan nak pakai baju berkedut seribu tu?
oh,,tidak! rela x g kenduri drpd pakai baju berkedut..
bincang punya bincang,, kitorg decide..
pinjam iron cousin, then singgah and berhenti iron kt R&R..

semasa bertolak (OTW)
banyak R&R yg kitorg singgah xda tempat utk iron..
mcm2 perasaan yg rasa masa tu..
last2,, masa kt R&R taiping,, baru ada..
tu pun sebab siah yg tlg bgtau..

ok,smpai di Batu Kurau awal pg around 7a.m
then, breakfast kt salah 1 kedai kt kg tu..
makan sambil bincang2, kt mana tempat nak mandi and bersiap2.,
then, decide akan tumpang masjid..
but, xjadi sebab dpt tumpang kt homestay yng disewa oleh bride's family (Sabah)
lepas siap2, gerak g rumah kenduri..

malamnya, keluar makan ramai2 kat luar.. (makan besar)
dah rasa macam makan dgn family.. 
memang best.. 
then, balik tumpang tido kt homestay.

pagi ahad, the groom bawa xander n ayie naik bukit (mybe dusun kot)
pegi kutip durian..
then, tgahari bertolak balik.. 

kawan baru..
selain dari buddy xander,
dapat kenal2 dgn bride's family..
yang mmg baik, ramah sgt2..

pengalaman baru..
dapat blajar ckp sabah sikit2.. (xsemua yg dituturkan perlu ada 'bha' kt belakang) hehe
dapat harungi perjalanan jauh tanpa masalah..
naik kereta yang dipasang aircond..
dah xmabuk kereta & xmuntah.. 

ok.tu ja.

eh,sebelum tu,
tahniah kpd pengantin (tepek & yong)
semoga bahagia, berkekalan selamanya..
thanks kpd ayie & siah
sebab sudi jd kawan..
*bak kata ayie,, "kami buddies,kami xkan terpisah" hehe
dan juga
xander, terima kasih (speechless,xtau nak cakap apa) :)


Thursday 29 November 2012

cemburu





Cemburu – Amanda Amani feat. Malique
Hanya kau yang kusayangi
Hargai dan hajati
Jika benar cinta murni
Janganlah lagi

Siapa sang gadis itu
Mengapa dia di situ
Terlalu hampir denganmu
Aku cemburu
Siapa sang gadis itu
Mengapa dia di situ
Bermain mata denganmu

Ku dapat panggilan
Paling menyayat hati
Air mata berlinang lagi
Ku sungguh setia
Penuh kepercayaan
Namun kau ambil kesempatan
Sayang, hanya kau kuhargai
Sayang, hanya kau kuhajati
Tetapi
Sungguh mesra si sang pengganggu
Tingkahnya manja, manis dan ayu
Mata dan mata saling terpaku
Aku atau dia yang kau mahu
Siapa sang gadis itu
Mengapa dia di situ
Terlalu hampir denganmu
Aku cemburu
Siapa sang gadis itu
Mengapa dia di situ
Bermain mata denganmu
Cemburu cemburu
Siapa sang gadis itu
Buatku cemburu

Tak pernah sekali pun
Aku berlaku curang
Walau berkali diberi ruang dan peluang
Perwatakan yang selalu kau sangka dan jangkakan
Takkan sepadan dengan kenyataan
Raksasa mata hijau pengaruhi visi
Terusan mengalir merentasi dua pipi
Cemburu dijana dek paranoia dan dengki, berhenti
Cari alasan untuk membenci, mengerti
Setia kuberi tak terperi
Jadi mengapa disalah erti tiap geri
Walau ku dirapati seangkatan peragawati
Aku mungkin rambang mata tapi takkan rambang hati
Jadi percayai, ku dianiayai
Tiap kali kau berlinang mereka pasti rai
Tisu dan emosimu tak mampu kubiayai
Ilusi yang sama saban hari kau jayai
Sini tiada breezy, sherry atau lilly
Cuma mic dan mac tak percaya tanya alibi
Bila dirasuki jangan rakus mengadili
Jangan kerna cemburu semuanya ku akhiri, di sini
Fo shizee

Siapa sang gadis itu
Mengapa dia di situ
Terlalu hampir denganmu
Aku cemburu
Siapa sang gadis itu
Mengapa dia di situ
Bermain mata denganmu
Kau harus berjaga
Kau mungkin diekori
Mata jahat masih memerhati
Kau harus waspada
Siapa yang kau dekati
Kau terlalu mudah jatuh hati
Dahi licin, pipinya gebu
Rambutnya cantik ditiup bayu
Tas dan perkakas gaya terbaru
Aku atau dia yang kau mahu
Siapa sang gadis itu
Mengapa dia di situ
Terlalu hampir denganmu
Aku cemburu
Siapa sang gadis itu
Mengapa dia di situ
Bermain mata denganmu
Cemburu Cemburu
Siapa sang gadis itu
Buatku cemburu
Siapa sang gadis itu
Mengapa dia di situ
Terlalu hampir denganmu
Aku cemburu
Siapa sang gadis

Tuesday 27 November 2012

bila.....

bila hati tak tenang..

akan mula mencari..
kata-kata hikmah,
kata-kata mutiara,
kata-kata motivasi,
kata-kata semangat,
untuk dibaca, untuk diambil sebagai pembina semangat, pembakar jiwa
untuk terus berdiri, untuk terus bertahan,
dan teruskan kehidupan

bila hati membeku..

adakah ia akan menjadi seperti dulu..
yang dikatakan sedingin salju,
yang dianggap sekeras batu,
yang tidak hiraukan perasaan orang lain,
yang hanya fikirkan diri sendiri,

bila hati tidak ingin berbicara..

tidak mahu mendengar sebarang kata-kata,
tidak mahu tahu alasan yang dicipta,
tidak mahu faham perasaan yang dirasa,
tidak mahu mengerti segala-galanya,

sehingga..
mungkin akan menerbitkan rasa dari hati..
tetapi tidak dapat dipastikan..
apakah rasa itu..?
gembira..? sedih..? marah..? geram..? seronok..? terharu..?


p/s : ketenangan jiwa tidak dapat dibayang tetapi hanya dapat dirasa


Monday 12 November 2012

nur damia safiya mohd syahirol

nur damia safiya,, 3thn..salah seorang niece dlm family (anak kak)
anak bongsu dari 4beradik (setakat ni la...hehe)
seorang yang sgt manja tp kadang2 garang dan agresif... (ntah,,xtau cmna nk describe..)

ok,,! why must i mention her in this entry..??
sebab,,,,,
tadi call and baru ja lepas ckp ngan dia,, kononnya nak tanya khabar dan lepaskan rindu..
tp,,rupanya dia rindukan org lain,,asyik tnya pasal org tu ja..
keciwa sekejap,, sedih!
but ok la..at least i know that she love him..like me. hikhik.. so, mknanya xda halangan la kan.(kononnya!)
actually, sblm ckp ngan dia.. ckp ngan kak dulu.. pastu terdengar suara dia, terus minta nak cakap ngan dia.. rindu.. then, masa kak nk bg nfon kt dia, dgr dia ckp and tnya..


kak: mia, nah! ada org nk ckp..
damia: capa?
kak: ckp la dulu,,baru tau..


ok.. dah! baca our dialog kt bawah ni..

mia: eyyo.. ni capa? (hello.. ni sapa?)
aku: adik, acik ni..
mia: acik, acik dok mana?
aku: acik dok sini la, rumah acik kat perak..
mia: hah?? acik dok mana?
aku: acik kata acik dok mana td? (selalunya kalo dia utk tnya kali ke-2, aku akn jwb ngan soalan tu balik..hehe)
mia: acik dok umah acik..kt peyak (perak)..
aku: pndai pun..adik watpa tu?
mia: adik dok dalam biyik (bilik)..
aku: pasai pa xtdoq lagi?
mia: adik xmau tidoq lagi.. acik, acik wan mana?
aku: ...(aik! org lain yg call, tnya pasal org lain).. hmm,, acik wan dok kat kem dia la..
mia: kem acik wan kt mana acik?
aku: kem acik wan kat KL..
mia: awat acik wan xbalik lg?
aku: acik wan keja.. jauh. xbole balik.
mia: acik wan keja kat mana acik?
aku: acik wan keja kat KL la.. (dah mula penat..)
mia: acik wan xmau mai kat adik?
aku: nanti acik wan cuti, acik wan balik, dia p kat adik la..
mia: acik wan balik ngan acik?
aku: ...(mcm aku and xander dok dekat)..ya, nnt acik balik na..
mia: acik x jd penyantin..?
aku: penyantin? apa tu?
..(dgr suara kak.. mia tnya, xjd pengantin ka?)
aku: hah? pengantin?
mia: acik xjd penyantin ngan acik wan?
aku: adik nak tgk acik jd pengantin ngan acik wan ka? hahaha
mia: nak. penyantin awa (lawa)..
aku: hahaha..
mia: acik jd penyantin ngan acik wan?
aku: hahaha ..(xtau nk jawab dh)..adik x ngantok g?
mia: x lg..
aku: adik p tidoq na..lewat dah ni..acik ngantok dh (buat2 menguap).. tidoq na..
mia: acik nk tidoq?
aku: ya, acik nk tidoq. nnt acik call lain na..bye..gunite.
mia: bye.
aku: adik kta gudnite kt acik..
mia: gudnite..
aku: i love u..
mia: i lep u..
aku: adik tidoq na.. asslmualaikum..
mia: asslmualaikum..
aku: adik kna jwb,, waalaikumusslm..
mia: waalaikumussalam.. bye2 acik..
aku: bye adik.. tidoq tau..

lepas letak, terus senyum sorang2.. tu baru sorang belum lg yg lain2.. memang selalunya kalo call kt rumah and dpt ckp ngan salah seorang dari anak sedara, mesti akn tetap ada soalan pasal "acik wan" diorang tu. hai...tu belum g balik bercuti kat rumah.. macam2 soalan lagi.. lagi banyak yg nak kena jwb.. hahaha.. :)








Saturday 9 June 2012

bunga kesukaan saya




oleh kerana aku sangat sukakan bunga ni,,maka kali ni kita akan bercerita tentang bunga ni,,iaitu bunga MAWAR..

Antara istilah bunga mawar dalam beberapa bahasa di dunia

mawar, rose, rosas, D'ardaigh, rosa, surrexit, وارتفع, 玫瑰,バラ, 장미, ரோஜா, ดอกกุหลาบ

Antara warna bunga mawar yang ada dalam simpanan uncle google..
beserta makna di sebalik warna mawar itu..



merah
Cinta yang tulus ikhlas, Keghairahan dan Keberanian. Untuk menyampaikan pesan yang anda sangat cinta dan sayang akan seseorang, umpana berkata “Aku cinta pada mu”.
kuning
Membawa maksud persahabatan,kegembiraan, kelegaan dan kebebasan. Memberi maksud permulaan untuk sesuatu yang baru serta untuk menceriakan hari seseorang, untuk mengucapkan tahniah pada rakan atau kekasih pada hari yang menggembirakan.
pink
Menunjukkan kegembiraan dan kesyukuran, bunga yang memaparkan kegembiraan. Untuk menunjukkan tanda penghargaan dan terima kasih; umpama mengucapkan “Terima Kasih”. Bunga ros berwarna pink cerah menunjukkan kekaguman dan simpati
oren
Keghairahan dan keinginan yang tulus murni. Pilihan yang bagus untuk untuk mengharapkan perhubungan itu untuk pergi lebih jauh lagi. Ia juga sesuai untuk menggambarkan perkongsian perniagaan yang baru.
peace
pendedahan rasa perasaan kita kepada seseorang, warna melambangkan kehangatan suatu ikatan
putih
Menunjukkan kesucian, bunga ros pengakuan, the bridal rose, “You are heavenly”, “I am worthy of you”. Biasanya untuk menggambarkan kegembiraan cinta. Boleh juga digunakan untuk menyampaikan pesan: “You are heavenly, I miss you”.
hijau
melambangkan harmoni, kemewahan dan kesuburan. Ini juga merupakan warna yang menunjukkan perdamaian dan ketenangan. Mawar hijau (atau mawar putih dengan nuansa hijau) dapat melambangkan "semoga kehidupan baru yang sejahtera" atau "segera sembuh".
biru
Mustahil dan tak dapat disempurnakan. Bunga ini hanya wujud secara fantasi sahaja dan bukannya secara semulajadi. Sesuai diberikan untuk menunjukkan hubungan itu adalah mustahil dan tidak dapat diteruskan.
lavender / ungu
Cinta pandang pertama dan pesona. Diberikan untuk menyampaikan mesej “cinta pandang pertama” pada seseorang yang istimewa. Juga diberikan pada seseorang untuk membuat satu impresi yang istimewa.
coklat
Maksud mawar coklat adalah persahabatan yang lebih atau tanda penghargaan, bukannya romantis dalam alam. Mereka popular untuk sejambak kerja, contohnya. Mereka cenderung untuk dilihat sebagai sedikit lebih maskulin.
hitam
Permulaan yang baru, Kelahiran semula, kematian. Kadang-kadang ada yang menganggap bunga ros merah gelap sebagai ros atau mawar hitam. Ia mungkin digambarkan sebagai selamat tinggal atau kematian, tetapi ia juga boleh memberi mesej positif seperti permulaan kepada sesuatu yang baru 




Makna bilangan bunga mawar

1 kuntum – Cinta yang luar biasa. Seluruh hidupku hanya ada kamu…
2 Kuntum ros – Kita berdua sangat saling mencintai.
3 Kuntum ros – Aku cinta kamu.
6 kuntum ros – Aku mahu menjadi milik kamu.
9 kuntum ros – Mencintai satu sama lain selamanya.
11 kuntum ros – Kamu satu-satunya yang aku cintai dalam hidup.
12 kuntum ros – Sememangnya aku telah jatuh cinta dan sangat tertarik kepadamu..
13 kuntum ros – Peminat misteri.
24 kuntum ros – Setiap saat aku terkenangkan mu.
33 kuntum ros – aku tersangat-sangat cintakan mu.
36 kuntum ros – Feeling romantic attachment because you come to me.
44 kuntum ros – Tetap mencintaimu sampai bila-bila.
50 kuntum ros – This is Regretless Love.
56 kuntum ros – My love.
66 kuntum ros – Successfull love affair.
99 kuntum ros – Cinta kita abadi.
100 kuntum ros – Tetap mencintai dan akan mengasihi sampai mati.
101 kuntum ros – Tiada cinta lain selain kamu.
108 kuntum ros – Please marry me!
111 kuntum ros – Eternal Love.
123 kuntum ros – Free love.
144 kuntum ros – Mencintaimu siang dan malam.
365 kuntum ros – Teringatkan kamu setiap hari, mencintaimu setiap detik dan waktu.
999 kuntum ros – Everlasting and eternal love.
1001 kuntum ros – Faithful live, till forever.

Kebiasaanya pemberian bunga adalah untuk mengungkapkan perasaan atau menyampaikan pesan secara rahsia. Bunga yang sering menjadi pilihan ialah bunga mawar. Mawar amat disukai dan digemari wanita malah menjadi pilihan lelaki untuk dihadiahkan kepada wanita tercinta kerana ia dikatakan lambang kasih sayang. Dan setiap bunga dan bilangan yang diberi memiliki maksud yang tersendiri. Namun, dalam kelembutan warna dan harumnya MAWAR itu, ia adalah bunga yang berduri. Ia dapat dipetik tetapi harus berhati-hati dengan durinya yang boleh melukakan.

p/s: ada maksud tersirat di sebalik kata-kata itu,,so,,renung-renungkanlah..hehe