Thursday, 29 November 2012

cemburu





Cemburu – Amanda Amani feat. Malique
Hanya kau yang kusayangi
Hargai dan hajati
Jika benar cinta murni
Janganlah lagi

Siapa sang gadis itu
Mengapa dia di situ
Terlalu hampir denganmu
Aku cemburu
Siapa sang gadis itu
Mengapa dia di situ
Bermain mata denganmu

Ku dapat panggilan
Paling menyayat hati
Air mata berlinang lagi
Ku sungguh setia
Penuh kepercayaan
Namun kau ambil kesempatan
Sayang, hanya kau kuhargai
Sayang, hanya kau kuhajati
Tetapi
Sungguh mesra si sang pengganggu
Tingkahnya manja, manis dan ayu
Mata dan mata saling terpaku
Aku atau dia yang kau mahu
Siapa sang gadis itu
Mengapa dia di situ
Terlalu hampir denganmu
Aku cemburu
Siapa sang gadis itu
Mengapa dia di situ
Bermain mata denganmu
Cemburu cemburu
Siapa sang gadis itu
Buatku cemburu

Tak pernah sekali pun
Aku berlaku curang
Walau berkali diberi ruang dan peluang
Perwatakan yang selalu kau sangka dan jangkakan
Takkan sepadan dengan kenyataan
Raksasa mata hijau pengaruhi visi
Terusan mengalir merentasi dua pipi
Cemburu dijana dek paranoia dan dengki, berhenti
Cari alasan untuk membenci, mengerti
Setia kuberi tak terperi
Jadi mengapa disalah erti tiap geri
Walau ku dirapati seangkatan peragawati
Aku mungkin rambang mata tapi takkan rambang hati
Jadi percayai, ku dianiayai
Tiap kali kau berlinang mereka pasti rai
Tisu dan emosimu tak mampu kubiayai
Ilusi yang sama saban hari kau jayai
Sini tiada breezy, sherry atau lilly
Cuma mic dan mac tak percaya tanya alibi
Bila dirasuki jangan rakus mengadili
Jangan kerna cemburu semuanya ku akhiri, di sini
Fo shizee

Siapa sang gadis itu
Mengapa dia di situ
Terlalu hampir denganmu
Aku cemburu
Siapa sang gadis itu
Mengapa dia di situ
Bermain mata denganmu
Kau harus berjaga
Kau mungkin diekori
Mata jahat masih memerhati
Kau harus waspada
Siapa yang kau dekati
Kau terlalu mudah jatuh hati
Dahi licin, pipinya gebu
Rambutnya cantik ditiup bayu
Tas dan perkakas gaya terbaru
Aku atau dia yang kau mahu
Siapa sang gadis itu
Mengapa dia di situ
Terlalu hampir denganmu
Aku cemburu
Siapa sang gadis itu
Mengapa dia di situ
Bermain mata denganmu
Cemburu Cemburu
Siapa sang gadis itu
Buatku cemburu
Siapa sang gadis itu
Mengapa dia di situ
Terlalu hampir denganmu
Aku cemburu
Siapa sang gadis

Tuesday, 27 November 2012

bila.....

bila hati tak tenang..

akan mula mencari..
kata-kata hikmah,
kata-kata mutiara,
kata-kata motivasi,
kata-kata semangat,
untuk dibaca, untuk diambil sebagai pembina semangat, pembakar jiwa
untuk terus berdiri, untuk terus bertahan,
dan teruskan kehidupan

bila hati membeku..

adakah ia akan menjadi seperti dulu..
yang dikatakan sedingin salju,
yang dianggap sekeras batu,
yang tidak hiraukan perasaan orang lain,
yang hanya fikirkan diri sendiri,

bila hati tidak ingin berbicara..

tidak mahu mendengar sebarang kata-kata,
tidak mahu tahu alasan yang dicipta,
tidak mahu faham perasaan yang dirasa,
tidak mahu mengerti segala-galanya,

sehingga..
mungkin akan menerbitkan rasa dari hati..
tetapi tidak dapat dipastikan..
apakah rasa itu..?
gembira..? sedih..? marah..? geram..? seronok..? terharu..?


p/s : ketenangan jiwa tidak dapat dibayang tetapi hanya dapat dirasa


Monday, 12 November 2012

nur damia safiya mohd syahirol

nur damia safiya,, 3thn..salah seorang niece dlm family (anak kak)
anak bongsu dari 4beradik (setakat ni la...hehe)
seorang yang sgt manja tp kadang2 garang dan agresif... (ntah,,xtau cmna nk describe..)

ok,,! why must i mention her in this entry..??
sebab,,,,,
tadi call and baru ja lepas ckp ngan dia,, kononnya nak tanya khabar dan lepaskan rindu..
tp,,rupanya dia rindukan org lain,,asyik tnya pasal org tu ja..
keciwa sekejap,, sedih!
but ok la..at least i know that she love him..like me. hikhik.. so, mknanya xda halangan la kan.(kononnya!)
actually, sblm ckp ngan dia.. ckp ngan kak dulu.. pastu terdengar suara dia, terus minta nak cakap ngan dia.. rindu.. then, masa kak nk bg nfon kt dia, dgr dia ckp and tnya..


kak: mia, nah! ada org nk ckp..
damia: capa?
kak: ckp la dulu,,baru tau..


ok.. dah! baca our dialog kt bawah ni..

mia: eyyo.. ni capa? (hello.. ni sapa?)
aku: adik, acik ni..
mia: acik, acik dok mana?
aku: acik dok sini la, rumah acik kat perak..
mia: hah?? acik dok mana?
aku: acik kata acik dok mana td? (selalunya kalo dia utk tnya kali ke-2, aku akn jwb ngan soalan tu balik..hehe)
mia: acik dok umah acik..kt peyak (perak)..
aku: pndai pun..adik watpa tu?
mia: adik dok dalam biyik (bilik)..
aku: pasai pa xtdoq lagi?
mia: adik xmau tidoq lagi.. acik, acik wan mana?
aku: ...(aik! org lain yg call, tnya pasal org lain).. hmm,, acik wan dok kat kem dia la..
mia: kem acik wan kt mana acik?
aku: kem acik wan kat KL..
mia: awat acik wan xbalik lg?
aku: acik wan keja.. jauh. xbole balik.
mia: acik wan keja kat mana acik?
aku: acik wan keja kat KL la.. (dah mula penat..)
mia: acik wan xmau mai kat adik?
aku: nanti acik wan cuti, acik wan balik, dia p kat adik la..
mia: acik wan balik ngan acik?
aku: ...(mcm aku and xander dok dekat)..ya, nnt acik balik na..
mia: acik x jd penyantin..?
aku: penyantin? apa tu?
..(dgr suara kak.. mia tnya, xjd pengantin ka?)
aku: hah? pengantin?
mia: acik xjd penyantin ngan acik wan?
aku: adik nak tgk acik jd pengantin ngan acik wan ka? hahaha
mia: nak. penyantin awa (lawa)..
aku: hahaha..
mia: acik jd penyantin ngan acik wan?
aku: hahaha ..(xtau nk jawab dh)..adik x ngantok g?
mia: x lg..
aku: adik p tidoq na..lewat dah ni..acik ngantok dh (buat2 menguap).. tidoq na..
mia: acik nk tidoq?
aku: ya, acik nk tidoq. nnt acik call lain na..bye..gunite.
mia: bye.
aku: adik kta gudnite kt acik..
mia: gudnite..
aku: i love u..
mia: i lep u..
aku: adik tidoq na.. asslmualaikum..
mia: asslmualaikum..
aku: adik kna jwb,, waalaikumusslm..
mia: waalaikumussalam.. bye2 acik..
aku: bye adik.. tidoq tau..

lepas letak, terus senyum sorang2.. tu baru sorang belum lg yg lain2.. memang selalunya kalo call kt rumah and dpt ckp ngan salah seorang dari anak sedara, mesti akn tetap ada soalan pasal "acik wan" diorang tu. hai...tu belum g balik bercuti kat rumah.. macam2 soalan lagi.. lagi banyak yg nak kena jwb.. hahaha.. :)








Saturday, 9 June 2012

bunga kesukaan saya




oleh kerana aku sangat sukakan bunga ni,,maka kali ni kita akan bercerita tentang bunga ni,,iaitu bunga MAWAR..

Antara istilah bunga mawar dalam beberapa bahasa di dunia

mawar, rose, rosas, D'ardaigh, rosa, surrexit, وارتفع, 玫瑰,バラ, 장미, ரோஜா, ดอกกุหลาบ

Antara warna bunga mawar yang ada dalam simpanan uncle google..
beserta makna di sebalik warna mawar itu..



merah
Cinta yang tulus ikhlas, Keghairahan dan Keberanian. Untuk menyampaikan pesan yang anda sangat cinta dan sayang akan seseorang, umpana berkata “Aku cinta pada mu”.
kuning
Membawa maksud persahabatan,kegembiraan, kelegaan dan kebebasan. Memberi maksud permulaan untuk sesuatu yang baru serta untuk menceriakan hari seseorang, untuk mengucapkan tahniah pada rakan atau kekasih pada hari yang menggembirakan.
pink
Menunjukkan kegembiraan dan kesyukuran, bunga yang memaparkan kegembiraan. Untuk menunjukkan tanda penghargaan dan terima kasih; umpama mengucapkan “Terima Kasih”. Bunga ros berwarna pink cerah menunjukkan kekaguman dan simpati
oren
Keghairahan dan keinginan yang tulus murni. Pilihan yang bagus untuk untuk mengharapkan perhubungan itu untuk pergi lebih jauh lagi. Ia juga sesuai untuk menggambarkan perkongsian perniagaan yang baru.
peace
pendedahan rasa perasaan kita kepada seseorang, warna melambangkan kehangatan suatu ikatan
putih
Menunjukkan kesucian, bunga ros pengakuan, the bridal rose, “You are heavenly”, “I am worthy of you”. Biasanya untuk menggambarkan kegembiraan cinta. Boleh juga digunakan untuk menyampaikan pesan: “You are heavenly, I miss you”.
hijau
melambangkan harmoni, kemewahan dan kesuburan. Ini juga merupakan warna yang menunjukkan perdamaian dan ketenangan. Mawar hijau (atau mawar putih dengan nuansa hijau) dapat melambangkan "semoga kehidupan baru yang sejahtera" atau "segera sembuh".
biru
Mustahil dan tak dapat disempurnakan. Bunga ini hanya wujud secara fantasi sahaja dan bukannya secara semulajadi. Sesuai diberikan untuk menunjukkan hubungan itu adalah mustahil dan tidak dapat diteruskan.
lavender / ungu
Cinta pandang pertama dan pesona. Diberikan untuk menyampaikan mesej “cinta pandang pertama” pada seseorang yang istimewa. Juga diberikan pada seseorang untuk membuat satu impresi yang istimewa.
coklat
Maksud mawar coklat adalah persahabatan yang lebih atau tanda penghargaan, bukannya romantis dalam alam. Mereka popular untuk sejambak kerja, contohnya. Mereka cenderung untuk dilihat sebagai sedikit lebih maskulin.
hitam
Permulaan yang baru, Kelahiran semula, kematian. Kadang-kadang ada yang menganggap bunga ros merah gelap sebagai ros atau mawar hitam. Ia mungkin digambarkan sebagai selamat tinggal atau kematian, tetapi ia juga boleh memberi mesej positif seperti permulaan kepada sesuatu yang baru 




Makna bilangan bunga mawar

1 kuntum – Cinta yang luar biasa. Seluruh hidupku hanya ada kamu…
2 Kuntum ros – Kita berdua sangat saling mencintai.
3 Kuntum ros – Aku cinta kamu.
6 kuntum ros – Aku mahu menjadi milik kamu.
9 kuntum ros – Mencintai satu sama lain selamanya.
11 kuntum ros – Kamu satu-satunya yang aku cintai dalam hidup.
12 kuntum ros – Sememangnya aku telah jatuh cinta dan sangat tertarik kepadamu..
13 kuntum ros – Peminat misteri.
24 kuntum ros – Setiap saat aku terkenangkan mu.
33 kuntum ros – aku tersangat-sangat cintakan mu.
36 kuntum ros – Feeling romantic attachment because you come to me.
44 kuntum ros – Tetap mencintaimu sampai bila-bila.
50 kuntum ros – This is Regretless Love.
56 kuntum ros – My love.
66 kuntum ros – Successfull love affair.
99 kuntum ros – Cinta kita abadi.
100 kuntum ros – Tetap mencintai dan akan mengasihi sampai mati.
101 kuntum ros – Tiada cinta lain selain kamu.
108 kuntum ros – Please marry me!
111 kuntum ros – Eternal Love.
123 kuntum ros – Free love.
144 kuntum ros – Mencintaimu siang dan malam.
365 kuntum ros – Teringatkan kamu setiap hari, mencintaimu setiap detik dan waktu.
999 kuntum ros – Everlasting and eternal love.
1001 kuntum ros – Faithful live, till forever.

Kebiasaanya pemberian bunga adalah untuk mengungkapkan perasaan atau menyampaikan pesan secara rahsia. Bunga yang sering menjadi pilihan ialah bunga mawar. Mawar amat disukai dan digemari wanita malah menjadi pilihan lelaki untuk dihadiahkan kepada wanita tercinta kerana ia dikatakan lambang kasih sayang. Dan setiap bunga dan bilangan yang diberi memiliki maksud yang tersendiri. Namun, dalam kelembutan warna dan harumnya MAWAR itu, ia adalah bunga yang berduri. Ia dapat dipetik tetapi harus berhati-hati dengan durinya yang boleh melukakan.

p/s: ada maksud tersirat di sebalik kata-kata itu,,so,,renung-renungkanlah..hehe




Friday, 8 June 2012

jika seseorang mencintai kamu...

Seseorang yang mencintai kamu....
Akan marah atau mengeluh, jika kamu tidak membalas pesanannya atau panggilannya...
Kerana dia peduli, dan tidak ingin sesuatu terjadi padamu...


Seseorang yang mencintai kamu....
Hanya menjatuhkan air matanya di hadapanmu...
Dan, ketika kamu mencuba menghapus air matanya, kamu telah menyentuh hatinya...
Di mana hatinya selalu berdegup, berdenyut, bergetar untukmu...


Seseorang yang mencintai kamu....
Akan mengingat setiap kata yang kamu ucapkan...
Yang sengaja terucap, atau bahkan yang tidak sengaja...
Dan dia akan selalu menggunakan kata - kata itu, tepat pada waktunya...


Seseorang yang mencintai kamu....
Tidak akan memberikan janji apapun dengan mudah...
Kerana dia tidak mahu mengingkari janjinya...
Dia ingin kamu untuk mempercayainya, dan dia ingin memberikan hidup yang paling bahagia dan aman untuk kamu selamanya...


Seseorang yang mencintai kamu....
Mungkin tidak boleh mengingati peristiwa atau tarikh istimewa, seperti hari ulangtahun kamu, atau yang lainnya...
Tapi dia tahu bahawa setiap detik yang dia lalui bersama kamu adalah saat di mana..........
Dia mencintai kamu, dan tidak peduli apakah hari itu...



Wednesday, 16 May 2012

Selamat Hari Guru 2012


Selamat hari guru diucapkan kepada mak ayah,,puan Khoshnah Binti Puteh dan Encik Abu Hassan bin Md Nor...terima kasih kerana tidak pernah jemu mengajar diriku dari kecil sehingga sekarang..yang semakin menghampiri dan mencapai kejayaan..terima kasih atas segalanya...



Tidak dilupakan, cikgu prasekolah SKBBKH, Cikgu-cikgu di SKBBKH, Cikgu-Cikgu di SMK Hosba, Cikgu-cikgu di SMK Jitra (walaupun hanya sempat belajar sebulan), pensyarah-pensyarah UPSI, Selamat Hari Guru.. 



Tidak dilupakan juga kepada tenaga pengajar di Kem PLKN Tasik Meranti Wang Kelian, Selamat Hari Guru..


Kepada semua kawan-kawan dan graduan UPSI yang bakal menjadi guru tak lama lagi, semoga berjaya menjadi pendidik yang terbaik kepada anak bangsa..SELAMAT HARI GURU semua.. 


dan


terima kasih kepada kawan-kawan yang ucapkan 'Selamat Hari Guru' hari ni,,,terima kasih atas ingatan kalian walaupun aku masih belum menjadi GURU dan belum layak dipanggil 'cikgu'..terima kasih..^_^


dan juga,,,


kepada my Xander,,terima kasih sebab call awal2 pagi tadi semata-mata nak wish 'Selamat Hari Guru'..walaupun terlalu sibuk dengan kerja,,sampai terpaksa curi2 masa untuk call..tapi,,tetap call n wish untuk saya,,terima kasih..







Friday, 11 May 2012

kenapa pilih dia..?

لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl




hmm,,knapa pilih dia..? actually,,,ni la soalan yang seorang kawan pernah tanya masa kitorang tengah bersembang2 dalam bilik 1 malam tu,,cita ni dah lama,,cuma saja nak share cita ni kat blog..

masa tu,,aku baru lepas msg ngan xander (mylove), tetiba ada seorang daripada kawan tanya...

A** : awat dayah suka dia..?
aku : hmm..?? sapa?
A** : xander..awat dayah suka dia..? pasai apa dayah suka dia?
aku : erkk.....( blur ).......sbb dia baik...
A** : selain tuh..?? jawapan tu dh selalu dgr dh.. awat dayah suka dia..?
aku : erkk...( segan nk jawab sbnarnya..)...hmmm,,dia romantik..
A** : romantik..?? romantik yg macam mana? apa yg dia dah buat utk dayah yg dayah rasa dia romantik?
aku : ........( bnyaknya soalan dia...)
A** : cerita la dayah...nk tau ni...
aku : ok la..ok la..tp,,kalau dayah cerita,,jgn gelak plak..
A** : cerita la....
aku : dia selalu bg bunga rose setiap kali kami jumpa,,kdg2 sekuntum,,kdg2 2kuntum..wrna kuning.
A** : awat warna kuning,,??slalunya,,org bg wrna merah...
aku : sbb dayah xska warna merah..dayah hanya akan terima kalau bunga tu warna kuning, pink, hmm..apa2 wrna ja la...kcuali warna merah.. 
A** : pasai pa dayah xska wrna merah..?
aku : sbb dayah xska la...hehe..
A** : laaa,,cerita la,,ni msti ada apa2 kn..?
aku: xda apa la..betul. hmm,,,lagipun,,rose merah kn kita dh slalu tgk..org dh slalu bg...hehe
A** : owh,,ok.lagi..? apa lagi yang dia buat,,yang dayah rasa dia romantik..?
aku : hmm,,dia selalu ckp yg dia syg dayah.hmm,,bkn sbb dia ckp kt dayah.tp,,dia selalu cakap n bagitau mak, ayah, abang, kak n adik..hmm,,semua family dayah la..yang dia sayang dayah..
A** : owh,,hmm,,mmg romantik.owh,,sbb tu,,dayah suka dia..?
aku : ya..hehe
A** : xkn tu ja sbb knapa dayah pilih dia..?
aku : hmm xjuga..tu suku bhgian ja..dayah pilih dia sbb dia baik,,mcm dayah ckp td la..dia baik sgt2,,dia phm dayah,,dia terima dayah seadanya,,hmm,,awat yg tetiba tnya pasai semua ni,,segan la duk cerita pasai ni..
A** : owh..xda apa la,,saja la tanya..:)



p/s : sebenarnya,,aku ni susah sikit nak bercerita dengan orang tentang diri aku tambah2 kalau yang berkaitan dengan hati dan perasaan ni..aku segan,,sebab aku ni jenis lebih suka pendam ja..tapi,,kalau setakat sikit2 macam ni,,xpa la..hmm,,nasib baik la kawan aku tu xtanya yang pelik2,,cntohnya tentang kisah2 cinta aku dgn xander..kalau x,,jenuh nak menjawab..hihi